KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes ahli perniagaan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin yang didakwa menyebabkan kecederaan terhadap bekas isterinya Emilia Hanafi, yang dijadualkan hari ini di Mahkamah Majistret di sini ditangguhkan ke 25 Nov.
Peguam Datuk Jagjit Singh yang mewakili SM Faisal memberitahu mahkamah bahawa, peguam utama ahli perniagaan itu Datuk Akberdin Abdul Kader, tidak dapat hadir hari ini kerana mengalami masalah pernafasan selain turut mengemukakan sijil cuti sakit (MC), peguam berkenaan kepada mahkamah.
"Datuk Akberdin sepatutnya menyoal balas saksi pendakwaan ke-6, Elisa Nani Hanafi, yang akan dipanggil untuk memberi keterangan hari ini. Bagaimanapun, saya dengan rendah diri memohon supaya kes hari ini ditangguhkan," kata Jagjit di hadapan Majistret Nadia Othman.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria berkata pihaknya bersedia untuk mendengar keterangan Elisa Nani, iaitu adik kepada Emilia hari ini.
"Pendakwaan telah menyerahkan salinan pernyataan saksi Elisa Nani kepada pihak pembelaan pada 30 Okt (semalam)," kata Zahida.
Jagjit kemudian mengesahkan pihaknya telah menerima salinan pernyataan saksi itu.
SM Faisal, 43, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Emila, 43, yang ketika kejadian adalah isterinya di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields di sini antara 12.30 tengah hari dan 4.30 petang pada 22 Nov 2015.
Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 31 2022
SM Faisal didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Emila, di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields pada 22 Nov 2015. - Gambar/ Bernama
UMNO kian kukuh, keahlian terus bertambah - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata parti pimpinannya itu kian kukuh, di sebalik pelbagai tohmahan dilontarkan pihak tertentu.
Terengganu FC menang, tetapi Steinbrukner tidak puas hati prestasi
Ketua Jurulatih Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner menganggap anak buahnya tidak mencapai tahap diharapkan, meskipun meraih kemenangan 3-1 ke atas Perak FC pada perlawanan pembukaan liga super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Sabtu.
Permulaan kebangkitan Syafiq Ahmad
Penyerang Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Syafiq Ahmad bertekad untuk menampilkan persembahan lebih tajam supaya dapat kembali membarisi skuad Harimau Malaya.
Hari Ibu di Gaza: Kehilangan, pemindahan dan kelaparan
Dalam khemah yang serba daif, para ibu Palestin terpaksa menanggung tragedi yang tidak terungkap di kawasan Al-Mawasi yang bukan
Bantuan psikologi kepada Faisal, keluarga
Selangor FC telah melakukan perbincangan dengan pihak hospital dan Institut Sukan Negara (ISN) untuk memberikan bantuan psikologi terhadap Faisal Halim bagi menangani trauma akibat insiden simbahan asid terhadap pemain itu baru-baru ini.
Bekas bintang Everton, Tim Cahill kunjungi fasiliti, stadium JDT
Bekas bintang Australia, Tim Cahill, mengunjungi fasiliti kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim dan Pusat Latihan JDT di Padang Seri Gelam.
Tular kes seludup di Forest City, kastam sahkan video lama
Jabatan Kastam menafikan berlaku aktiviti penyeludupan minuman keras di kedai bebas cukai di Forest City seperti video tular di media sosial.
JAS Kedah siasat insiden sungai dicemari bahan berwarna merah
Pencemaran itu dipercayai berpunca daripada pelepasan sisa buangan dari longkang sebuah fasiliti yang disalurkan terus ke dalam sungai.
Sultan Terengganu berkenan rasmi Hospital Sultan Zainal Abidin
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Hospital Sultan Zainal Abidin bersempena dengan sambutan Hari Keputeraan baginda.
PRK KKB: 'Ketakutan' terhadap Pas punca PN gagal raih undi bukan Melayu - Penganalisis
PN perlu akur untuk membentuk sebuah kerajaan yang lebih harmoni, kemajmukan masyarakat di satu-satu lokaliti perlu diraih bagi memastikan kemenangan mutlak.
Kes saman selesai, Caprice mohon maaf kepada SM Faisal
Kes saman Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal terhadap Caprice, selesai secara baik selepas penyanyi rap itu membuat permohonan maaf kepada ahli perniagaan berkenaan di mahkamah.
Emilia tarik balik kes, SM Faisal dilepas, dibebaskan
Mahkamah Majistret melepas dan membebaskan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin daripada pertuduhan mencederakan bekas isterinya Emilia Hanafi, lapan tahun lalu.
Mahkamah benarkan perenggan kenyataan Emilia digugurkan
Majistret Nadia Othman memutuskan demikian semasa prosiding kes Emilia, yang didakwa dipukul SM Faisal, lapan tahun lalu.
Bicara kes saman fitnah SM Faisal terhadap aktivis Mona Din bermula 14 Ogos 2023
Perbicaraan kes saman fitnah ahli perniagaan, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal terhadap aktivis, Mona Din ditetapkan selama empat hari bermula 14 Ogos depan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Bicara kes SM Faisal cederakan bekas isteri ditangguh 25 Nov
Perbicaraan kes SM Faisal yang didakwa menyebabkan kecederaan terhadap Emilia yang dijadualkan hari ini, ditangguhkan ke 25 Nov.
Bekas isteri SM Faisal gagal cabar prosiding komital di Mahkamah Syariah
Emilia Hanafi gagal memperoleh kebenaran bagi mencabar bidang kuasa Mahkamah Syariah Kuala Lumpur yang memulakan prosiding komital terhadapnya.
Bicara kes SM Faisal cederakan bekas isteri ditangguh 8 Sept
Perbicaraan kes ahli perniagaan terkenal Datuk SM Faisal SM Nasimuddin yang didakwa menyebabkan kecederaan terhadap bekas isterinya ditangguh.
12 keping foto dirakam di rumah SM Faisal - Jurufoto polis
Kesemua gambar itu dirakam pada 27 Nov 2015 selepas beliau menerima arahan daripada pegawai penyiasat kes itu iaitu Inspektor Rosnani Ramli.
PM Najib sertai Larian Obor KL 2017
Perdana Menteri menyempurnakan larian beliau bermula dari pekarangan KLCC ke Menara Naza di Persiaran KLCC.